Wednesday, May 13, 2009

Trip 2009

Januari 2009- Family trip to Terengganu, Malaysia.


TERENGGANU TRIP - JAN 2009























Awana Kijal, Terengganu- Dari kiri: Diyana, AKU, Suraya, Sahira & Kak Shah

Terengganu, Malaysia- 14/01/2009

Awal-awal tahun 2009, aku dah start ambil cuti. Nasib baik tempat kerja aku sekarang ni, senang nak apply cuti. Bukan aper, asalkan kerja siap, Boss aku (Chef Hisham Hassan) tak ada masalah nak approve cuti staf dia. Aku pulak, memang suka melancong. Tak kira le ke mana, tapi aku suka sangat nak explore tempat orang.

Tahun 2009 ni aku target, negeri-negeri kat Malaysia yang belum aku betul-betul explore, aku akan jejaki betul-betul. Kebetulan pulak, family aku dan family mentua pun jenis suka jalan-jalan, so memang sesuai benor la aku mengajar jurusan Pengurusan hospitaliti dan pelancongan ni. Bukan ape, senang nak bagi contoh kat bebudak kat dalam kelas nanti. Tak ada la skema sangat ikut contoh dalam buku teks.. Sampai kawan-kawan ofis gelarkan aku RATU MELANCONG..erm.. betul kot, dalam ramai-ramai staf kat tempat kerja aku, aku la yang paling banyak amik cuti sebab nak bejalan...


Na..na..na.. Ganu Kiter....


Masjid kristal, Kuala Terengganu


Walaupun kampung aku kat Pahang, ayah aku orang Kelantan dan adik ipar aku orang Dungun, tapi sebenor-benornyer aku belum lagi dapat explore Terengganu ni... Lebih kurang 15 tahun dulu adalah family aku buat trip ke Pulau Kapas, Terengganu. Tapi semalaman je.. Maklum ler, budget kecik. Tido pun dalam khemah. Tapi tak per.. kenangan sebegitu, mengajar aku supaya mencintai tempat peranginan di Malaysia yang indah dan permai. He..he..

Masa trip 14/01/09 ni, aku gi Terengganu bersama keluarga Mentuaku. Sponsor utama ialah Abang Am- abang ipar aku. Hobi dia lebih kurang ngan aku, Melancong... Biras aku pun boleh tahan gak. Masa kami buat trip ke Terengganu, Kak Shah aku ni mengandung 6 bulan.. Ok je dia. Tak der pun alah-alahan pun.. Sebab tu la anak-anak buah aku ni aktif semacam. so, bagi bakal-bakal ibu di luar sana tu, jangan ikutkan sangat badan tu... exercise dapat membantu kecergasan baby.. so baby pun jadi sihat dan kuat! Jap lagi akan aku paparkan aktiviti-aktiviti keaktifan anak-anak buah aku, Sofiya, Sahira dan Suraya. Dalam tiga orang ni, Sahira paling aktif... kami panggil dia dengan panggilan Chiya... Umur dia nak masuk 6 tahun.


Aksi Sofiya,Sahira & Suraya


Sofiya kat kolam renang
Nuraini Sofiya Amran. Ni anak buah aku yang paling tua (my hubby side). Kami panggil dia KAKAK atau kak sofiya. Dia ni pendiam sikit ngan aku, tapi suka sangat menyakat adik-adik dia. Umur dh nak masuk 12 tahun. Tahun ini amik UPSR. Dia ni pantang je ada cuti sekolah panjang, ada je tempat di nak ajak ayah dia berjalan.. Tapi tahun ini kena stop sementara kot, coz dia kena banyak gi kelas tuisyen. Erm..belajor ye.. kata nak jadi Doktor..he.. he.. Amin...


Ni pulak aksi si Nuraini Sahira Amran. Macam yang aku cakap tadi, Sahira ni memang paling aktif. Tapi sebenarnyer dia ni paling Manja dengan IBU dia. Macam-macam aksi dia dah buat dalam trip ni, tapi yang paling aku kagum dengan Sahira, dia dh pandai berenang sorang-sorang.. Pergh... aku pun tak pandai berenang!




Chiya & Mak Cu Diyana


Nuraini Suraya Amran. Masa ni dia takut-takut dengan air. Tapi kemahuan tu ada bila dia tengok kakak-kakak dia mandi kolam... Ni gambar-gambar aksi suraya...


Suraya takut-takut ngan air



Masa ni dia takutkan BUAYA tu...


Apa-apa pun, memang best kat terengganu ni. Maybe aku pergi salah time kot, sebab masa kami sampai kat terengganu ni, tengah sibuk-sibuk nak pilihanraya kecil... erm dapat la tengok macamana orang terengganu ni berkempen....


Jan 2009- 21-24/01/2009 Trip dengan student ke Pulau Pangkor, Perak

Erm.. belum lagi habis penat aku, Officemate aku (Mr Jawad) mintak tolong aku temankan student ke trip terengganu.. Adoi.. nak tak nak, aku kena la temankan..bukan aper, Mr Jawad ni la member aku yang paling senang berunding.. Dia selalu tolong aku, so kali ni aku tolong la dia...

Memori kat perak ni biasa je.. Maklumlah, aku dah pernah pegi dah sebelum ni. Masih tak berubah..macam dulu jugak..Ada masa nanti aku upload gambar-gambar aku sebab sekarang aku guna laptop adik ipar aku... sebenarnyer aku kat kampung sekarang... ni pun kategori CUTI-CUTI MALAYSIA gak ni.. cuti di Tanjung Bidara, Melaka...



jumpa lagi tau!





































































































































































































































































No comments:

Post a Comment