Saturday, May 30, 2009
30 Mei 2008- Penataran Ilmu @ PTPL
Thursday, May 28, 2009
RUMAH BARU..AZAM BARU..
ni aku nak tunjukkan gambor2 umah aku yang belom direnovate.. nanti kalo dah renovate nanti aku tunjukkan jugak.. ni kira DECO bersama aku la ni... ooo.. citer pasal nak deco mendeko ni, baru aku teringat, kawan aku satu opis nak tolong bagi pandangan sama masa nak mendeko ni.. bukan apa, nak upah Eric Leong, budget tak der... tapi kawan aku ni terror gak... nama dia Amir Muzzamir.. bab menghias ni memang terror kot, coz dia pandai hias meja pengantin ngan kek pengantin... so aku jump to conclusion... dia pandai hias umah... he..he.. jangan marah ye chef amir- saya promote nama chef dalam blog ni tau...
SEBELUM: Masih belum menjalani proses pencucian
AMARAN: Sabun yang tersandar berdekatan dengan pintu itu BUKAN tajaan TESCO
Disebabkan AKU teruja ambil video, aku dimarahi... SORI ye Bang....
ABM: Alat BANTUAN MENCUCI... he..he..
Uih... Dah lama aku tak mendaki tanggga rumah...
Layout kabinet aku.. simple jer...
Ok.. itu je dulu.. nanti, lepas aku balik Shah Alam nanti... aku tunjukkan pulak kabinet aku... ha..ha.. bukan nak eksyen.. tapi teruja... kalo korang ada cita2 nak pasang kabinet.. contact aku.. aku ada line murah punyer....
SETINGGI MANA SEORANG PEREMPUAN TERPELAJAR, TAPI CERUK DAPUR JUA TEMPATNYER....
hI... NI AKU DAPAT GAMBAR trbaru dr dapur aku... Aku rasa, kalo korang baca tajuk entri aku yang warna kuning kat atas tu..mesti korang setuju... ye la... sekarang ni dah tak kisah dah.. aku kalo duduk lama kat dapur pun aku memang suka.. ye la aku suka memasak... tambahan pulak kalo dapur dah cantik kan?.. he..he.. ye la, dari kecik aku selalu mintak mama aku buatkan dapur macam gitu... tetapi apakan daya... zaman dulu, peralatan amat mahal.. so, niat kupendamkan suatu masa nanti aku dapat gak...
ni kira hadiah anniversary gak ni.. suami aku senyum jer bila dia hulurkan duit balance kat cina yang buat dapur cabinet aku... cina pun sengih je dapat duit tengahari bute...
Memang puas hati la kali ni.. bukan nak puji sangat cina punyer kerjatangan... cepat dan kemas.. bukan aku x percaya melayu buat... tapi... dah terbukti... so.. sebagai pemangkin.. orang melayu kenala buat kerja macam ni...
ok... tengok...jangan x tengok...
PTPL-KUANTAN-CHERATING-KUALA TERENGGANU-BESUT
Salah satu masjid kat sana- Wakaf Tembesu Mosque
Bazaar Warisan- Berdekatan dengan Pasar Payang
Ni AKU- sedang menunjukkan Huruf "N" yang tertinggal dalam perkataan "RANTAU ABA_G"...
Nampak tak? BADARAYA WARISAN PESISIR AIR....
Gambar diambil dari jeti ke seberang takir--kelihatan Hotel Ri-Yaz Heritage dalam kesamaran mentari petang...
Terliur tak? Comfort food di terengganu... Keropok lekor
Tuesday, May 26, 2009
Ari ni, hari ulang tahun perkahwinan aku yang ke-4.. erm.. dah lama gak aku kawin.. selama ni baru aku sedar yang aku
dikur-
ni suamiku yang tercinta sedang mengambil gambarnya sendiri...
niakan dengan suami yang baik, dan memahami aku.. alhamdulillah, setakat ni, aku dan suami masih bahagia selalu walau rezeki kami untuk ada baby sendiri masih belum ada... erm.. untuk pengetahuan semua... jap lagi aku dan suami akan bertolak ke terengganu dan kuantan... macam paham-paham jer bos kat tempat kerja aku ni.. bagi chance je nak aku 'berhoneymoon' he..he.. thanks chef wan dan chef hisham...sebenarnyer.. aku ditugaskan nak melawat student yang menjalani praktikal di hotel-hotel terpilih... so, aku kena melawat la diorang..nak dengar sendiri feedback dari management hotel..mana tau, student aku ada buat hal ke... erm.. mintak2, tak der la..kalo x, malu la aku nanti...
aku akan bertolak pada pagi ni (kul 1am kut).. bos dh bg green light... so.. redah je la.. laki aku bukan tau sangat jalan nak ke kuantan dan terengganu ni... tapi aku tawakal je... insyaallah, kalo sesat pun, dalam malaysia gak...
buat kawan2 aka kat opis tu.. jangan jeles2.. he..he.. prepare untuk senate meeting, file nak submit dan lain2 lagi... modem P1, aku dh bwk balik supaya korang dapat tumpukan kerja memasing...x de la ngadap P1 je..he..he...sebenaonyer umah aku dh dpt coverage P1 tau..
ok ..takat ni je entry aku kali ni.. lepas balik dr outstation nanti, aku ceritakan pengalaman aku berada di pantai timur nanti...
Thursday, May 14, 2009
Husdha dan Rakan-rakan
dalam entri aku akan datang, akan aku ceritakan apa aktiviti kami selaku pensyarah kat kolej ni.. best angat!
Jumpa lagik!
Aku, Chef Rafie bersama2 student FNB Management sesi Oct 2008
Bos2 Aku... Chef Hisyam, Nasyad, Fareeza
Wednesday, May 13, 2009
Cuti-cuti Pantai Timur- Kelantan
Peta kelantan
Aura dan Atuk Nan- Pewaris Generasi Pantai Timur- Kelantan & Terengganu
Sebelum bertolak ke Kelantan
Seingat aku...
Trip 2009
TERENGGANU TRIP - JAN 2009
Awal-awal tahun 2009, aku dah start ambil cuti. Nasib baik tempat kerja aku sekarang ni, senang nak apply cuti. Bukan aper, asalkan kerja siap, Boss aku (Chef Hisham Hassan) tak ada masalah nak approve cuti staf dia. Aku pulak, memang suka melancong. Tak kira le ke mana, tapi aku suka sangat nak explore tempat orang.
Tahun 2009 ni aku target, negeri-negeri kat Malaysia yang belum aku betul-betul explore, aku akan jejaki betul-betul. Kebetulan pulak, family aku dan family mentua pun jenis suka jalan-jalan, so memang sesuai benor la aku mengajar jurusan Pengurusan hospitaliti dan pelancongan ni. Bukan ape, senang nak bagi contoh kat bebudak kat dalam kelas nanti. Tak ada la skema sangat ikut contoh dalam buku teks.. Sampai kawan-kawan ofis gelarkan aku RATU MELANCONG..erm.. betul kot, dalam ramai-ramai staf kat tempat kerja aku, aku la yang paling banyak amik cuti sebab nak bejalan...
Masjid kristal, Kuala Terengganu
Walaupun kampung aku kat Pahang, ayah aku orang Kelantan dan adik ipar aku orang Dungun, tapi sebenor-benornyer aku belum lagi dapat explore Terengganu ni... Lebih kurang 15 tahun dulu adalah family aku buat trip ke Pulau Kapas, Terengganu. Tapi semalaman je.. Maklum ler, budget kecik. Tido pun dalam khemah. Tapi tak per.. kenangan sebegitu, mengajar aku supaya mencintai tempat peranginan di Malaysia yang indah dan permai. He..he..
Masa trip 14/01/09 ni, aku gi Terengganu bersama keluarga Mentuaku. Sponsor utama ialah Abang Am- abang ipar aku. Hobi dia lebih kurang ngan aku, Melancong... Biras aku pun boleh tahan gak. Masa kami buat trip ke Terengganu, Kak Shah aku ni mengandung 6 bulan.. Ok je dia. Tak der pun alah-alahan pun.. Sebab tu la anak-anak buah aku ni aktif semacam. so, bagi bakal-bakal ibu di luar sana tu, jangan ikutkan sangat badan tu... exercise dapat membantu kecergasan baby.. so baby pun jadi sihat dan kuat! Jap lagi akan aku paparkan aktiviti-aktiviti keaktifan anak-anak buah aku, Sofiya, Sahira dan Suraya. Dalam tiga orang ni, Sahira paling aktif... kami panggil dia dengan panggilan Chiya... Umur dia nak masuk 6 tahun.
Aksi Sofiya,Sahira & Suraya
Nuraini Sofiya Amran. Ni anak buah aku yang paling tua (my hubby side). Kami panggil dia KAKAK atau kak sofiya. Dia ni pendiam sikit ngan aku, tapi suka sangat menyakat adik-adik dia. Umur dh nak masuk 12 tahun. Tahun ini amik UPSR. Dia ni pantang je ada cuti sekolah panjang, ada je tempat di nak ajak ayah dia berjalan.. Tapi tahun ini kena stop sementara kot, coz dia kena banyak gi kelas tuisyen. Erm..belajor ye.. kata nak jadi Doktor..he.. he.. Amin...
Ni pulak aksi si Nuraini Sahira Amran. Macam yang aku cakap tadi, Sahira ni memang paling aktif. Tapi sebenarnyer dia ni paling Manja dengan IBU dia. Macam-macam aksi dia dah buat dalam trip ni, tapi yang paling aku kagum dengan Sahira, dia dh pandai berenang sorang-sorang.. Pergh... aku pun tak pandai berenang!
Chiya & Mak Cu Diyana
Nuraini Suraya Amran. Masa ni dia takut-takut dengan air. Tapi kemahuan tu ada bila dia tengok kakak-kakak dia mandi kolam... Ni gambar-gambar aksi suraya...
Suraya takut-takut ngan air
Masa ni dia takutkan BUAYA tu...
Apa-apa pun, memang best kat terengganu ni. Maybe aku pergi salah time kot, sebab masa kami sampai kat terengganu ni, tengah sibuk-sibuk nak pilihanraya kecil... erm dapat la tengok macamana orang terengganu ni berkempen....
Jan 2009- 21-24/01/2009 Trip dengan student ke Pulau Pangkor, Perak
Erm.. belum lagi habis penat aku, Officemate aku (Mr Jawad) mintak tolong aku temankan student ke trip terengganu.. Adoi.. nak tak nak, aku kena la temankan..bukan aper, Mr Jawad ni la member aku yang paling senang berunding.. Dia selalu tolong aku, so kali ni aku tolong la dia...
Memori kat perak ni biasa je.. Maklumlah, aku dah pernah pegi dah sebelum ni. Masih tak berubah..macam dulu jugak..Ada masa nanti aku upload gambar-gambar aku sebab sekarang aku guna laptop adik ipar aku... sebenarnyer aku kat kampung sekarang... ni pun kategori CUTI-CUTI MALAYSIA gak ni.. cuti di Tanjung Bidara, Melaka...
jumpa lagi tau!