Wednesday, May 13, 2009

Cuti-cuti Pantai Timur- Kelantan

Feb 2009- family Trip to Kelantan



Peta kelantan

Ha..ha... kali ni, cuti aku dan keluarga pergi Kelantan pulak... macam aku katakan dalam posted blog aku tag "Terengganu", aku dan keluarga memang suka melancong. Cuma pada bulan Feb ni, aku gi ngan family side aku. Walaupun x complete, tapi aku happy sangat...

Aura dan Atuk Nan- Pewaris Generasi Pantai Timur- Kelantan & Terengganu


Aku tengah ajar suami makan makanan Kelantan
Destinasi ke seterusnyer dalam tahun 2009 ini ialah KELANTAN Darul Naim.. Kat kelantan ni, kami mengimbau kenangan-kenangan lama masa aku dan family menetap di Kelantan. Sebenarnya, abah aku, Adnan Hassan merupakan seorang Cikgu. So, tau-taula, Cikgu ni kan selalu tukar-tukar tempat kerja.. So dulu aku pun selalu tukar-tukar sekolah..

Aku dan Hadmira- Adik Bongsu aku

Sebelum bertolak ke Kelantan

Seingat aku...

Ni aku nak ceritakan tentang memori aku sepanjang menetap di Kelantan...
Seingat aku, family aku berpindah ke Kelantan kerana ada perselisihan faham dengan family parent aku. Maknanya, mama dan abah aku merajuk dengan mak ayah diorang.. entahlah, setahu aku, Mama dan Abah aku ni sensitif orangnyer. Mak Ibu (Nenek sebelah abah) aku pun satu hal.. tak nak langsung mengalah dengan anak menantu.. Kebetulan Abah aku memang nak buat rumah. Biasala, orang government kan ada loan diorang. So abah aku beli tanah kat Kg Lundang Paku, Dewan Beta, Kelantan. Aku tak tau kenapa tempat ni dinamakan Lundang Paku.. Agaknyer dulu-dulu ada banyak Paku kot? Tak pun banyak Hantu Paku.. he..he.. Gurau jer...
Ok sambung... lepas abah beli tanah dan sementara projek pembinaan rumah dijalankan,kami menyewa di beberapa rumah sewa di sekitar Lundang Paku. Rumah sewa first aku tak ingat namanya.. Tapi aku ingat, kat rumah sewa yang first tu, Abah aku pernah demam teruk... sampai nak pasang lampu bilik pun dia terpengsan dan termuntah-muntah. Tak larat sampai mama aku tadahkan muntah dalam baldi.. Aku dengan adik (masa tu Kak Ngah sorang je adik aku) menangis-nangis takut jadi anak yatim... (Hish..aku dengan Kak Ngah sayang sangat mama ngan abah tau). Tak lama lepas tu, aku dan family berpindah lagi ke Rumah Sewa kat area Kadok.. Aku ingat lagik, kat rumah sewa tu ada sekolah.. disebabkan aku masih belum sekolah, aku berangan-angan nak sekolah kat situ.. Erm..dulu aku suka sangat nak sekolah. Lagipun mama aku selalu ajar aku menulis dan membaca.. Kira terror gak mama aku ni. Abah aku yang cikgu pun tak pernah ajar aku membaca dan menulis.. he..he.. untuk pengetahuan semua, mama aku suri rumah sepenuh masa.
Oip, melalut pulak. Sambung... kat Kadok ni, bagi aku tempat yang best. ye la, kat sini la mama aku train aku pergi kedai sorang-sorang. Mula-mula tu tak berani. Tapi, mama dan abah dah motivasi aku, so aku pergi kedai cina yang terror cakap kelantan. Uish.. baru ni, aku tengok kedai tu masih wujud lagi kat pekan Kadok tu.. tapi tauke masih hidup atau tak, aku tak check pulak. Masa first time aku pergi "shopping" tu, aku masih ingat mama suruh aku beli GARAM. Harganya $0.30. Masa tu, aku tak kenal nombor lagi. Aku tanya kat apek tu kuat-kuat. Sebab mama aku pesan, dah sampai kedai, cakap kuat-kuat mintak garam. Aku pun jerit la kuat-kuat. Masa tu apek tu tengah sibuk layan pembeli lain, tercengang bila tengok aku menjerit mintak garam..he..he..aku ingat lagi, Apek tu tanya aku macam ni,
Apek: Mek nok Gapo?
Aku: (Aku x paham sebenarnyer)
Apek: Mek nok Gare bapo Bukuh?
Aku: ((masih gak tak Paham) Tapi aku cakap kuat lagi, sambil tunjuk duit $0.30.
Akhirnyer apek tu paham. Dia ambikkan garam. Aku pun mula beredar sambil mengingati pesan mama supaya jalan tepi-tepi. Kalau tak nanti kena langgar kereta... he..he, sampai sekarang aku masih ditugaskan untuk urusan ke kedai kalau family aku nak buat makan besar..kenduri ke... Aku pembeli yang pandai membajet barang rumah kot? Entah la...
Tadi tu, memori kali pertama ke kedai.. Ni pulak memori pertama aku ke Tadika Kemas.. Mama hantar aku kat tadika dekat dengan kedai Apek tu. Tapi, kalau anda semua nak tau, Cikgu Tadika pun salute dengan aku bila dia suruh aku melukis.. bukan teruja dengan lukisan aku, tapi, aku TULIS NAMA PENUH aku kat kertas lukisan tu.. ye la.. mana tau, lukisan aku ni dicurik orang. Cikgu tadika tu terkezut jer bila aku jawab, aku belajar menulis dengan mama aku.. Erm..well, aku ni anak sulung, so mama aku teruja nak suruh anak dia cepat membaca kot..ataupun, aku ni memang spesis slow kot..maklum la, aku ni lahir pun x cukup bulan.. so mungkin perkembangan otak aku tak sama dengan orang lain..apapun aku bersyukur, aku masih sihat dari segi mental dan fizikal walaupun x cukup bulan dilahirkan...
Yang aku ingat, aku sekolah kat situ x sampai pun seminggu.. Lepas tu aku ikut abah ke sekolah. Sekolah Tumpang..kat SK Pangkal Kalong. Masa hari pertama, aku masuk kelas 1 Biru. Cikgu Siti Rahmah nama cikgu kelas aku. Garang betul cikgu ni.. Gaya dia ala-ala Datin gitu.. Macam Datin Sri Rosmah Mansor la.. Yang x best satu sekolah dengan abah ni, cikgu-cikgu selalu direct report pasal performance aku dalam kelas. Ni bermakna, abah x payah tengok record card aku sangat, coz cikgu boleh bagi ulasan panjang lebar kat abah... Ish..ish..ish...
Sebenarnyer banyak memori aku kat sini.. termasuklah aku berkawan dengan sorang budak pompuan rambut panjang- Namanyer NIK Suhaila Nik Hassan. Dia pun sekolah tumpang jugak kot? sebab dia sebaya dengan aku.. Tapi x lama aku kawan dengan dia, lepas tu dia pindah sekolah. Memori lain pulak, dengan Ustaz aku.. Namanya aku tak ingat, tapi hensem orangnyer. Abah kata, aku jalan pergi kantin sambil pegang tangan dengan ustaz tu.. Ee.. manala aku tau mende tu tak berapa kena dengan etika sekolah.. Ala.. bukan jadi masalah pun. Takkan la ustaz tu shok ngan aku. Baligh pun belum lagik. May be dia teringat kat adik dia kot. Pas tu dia bebaik la ngan aku...
Memori lain lak, aku ingat, ada sorang cikgu pompuan, Namanyer Cikgu Roslaini.. ha.. dia ni, aku tak paham peel dia. aku ingat dia baik sangat.. Rupanyer dia hampir runtuhkan rumah tangga mama dan abah aku.. Padahal dia ni bini orang.. Ish..lagi aku x paham... Dan..disebabkan dia ni jugak mama dan abah buat keputusan yang paling drastik--> pindah dari kelantan... Oh part tu nanti aku citer dalam entry lain... Sedih ooo!
Sambung balik... Aku kat SK Pangkal Kalong pun kejap je.. Pas tu pindah lak ke SK Kedai Piah..Erm, ni satu lagi nama tempat yang agak unik bagi aku, agaknyer, kat kg tu ada kedai nama Kedai Piah kot.. Kat sini aku masuk darjah 2 Hijau.. hu..hu.. kat sini lagik best. Aku teringat, nasik goreng kat kantin dia sedap sangat.. sampai sekarang aku x jumpa lagi nasi goreng macam tu. Lain-lain aku x ingat sangat, tapi bebudak lelaki kat situ JAHAT SANGAT. Rasanya, ada sorang anak cikgu kat sekolah tu BERLAGAK sangat. Nak kata pengawas pun tidak, Tapi bila cikgu meeting je, dia ambik alih kelas. Pegang pembaris kuning panjang.. Ada satu hari tu, aku tergerak sikit je dari tempat duduk sebab pensil aku terjatuh. Tak pasal-pasal MAMAT POYO ni, pukul belakang aku... aku pun, apa lagi, penumbuk la aku bagi kat muka dia... nasib baik tak kena kat gigi jongang tu...
Disebabkan insiden itu aku mintak ditukarkan semula ke SK Pangkal Kalong...Sebenarnyer, motif sebenar aku ke Kedai Piah tu aku x tau sampai sekarang...

No comments:

Post a Comment