Monday, June 15, 2009

MAJLIS SAMBUT MENANTU- TANJUNG BIDARA

Last Occasion in 2009 : 13 June 2009- Majlis Sambut Menantu

Lepas je majlis maksu aku, minggu depannya aku terlibat dalam majlis sambut menantu abang ipar aku. Masa majlis kat umah pompuan, aku tak dapat datang sebab bertembung dengan majlis busu aku.. so nak kasi adil dan saksama

kat khemah meja pengantin
aku dan suami akan membahagi-bahagi tempat serta tarikh.. maka keputusan yang dicapai kata sepakat ialah, aku dan suami tidak terlibat dalam acara di dewan PKPS kerana aku terpaksa ke Pahang meraikan Busu... Kalau korang nak tau, untuk mencapai kata sepakat ni amat susah kerana aku bergaduh besor ngan laki aku... Last-last, aku terpaksa berterus terang dengan mentua, aku x dapat join majlis kat dewan PKPS shah alam... nasib baik mereka memahami.. bukan apa, Busu aku dah plan nak kawin bulan 6 sejak tahun awal lepas lagi, tapi abang ipar aku ni baru buat decision bulan 12 ari tu.. tu pun hujung tahun... so, untuk nampak adil, "FIRST COME FIRST SERVE" la...


Bapak mentua aku, Aku dan Mak mentua aku

Ni dia gambor2 sekitarmajlis sambut menantu.. Tak banyak sebab aku bz layan orang sebelah... tak cukup kaki tangan la BEB....

Pengantin; Amir dan Ayu


Acara berarak

Alhamdulillah... dengan selesainya berlangsung 3 majlis kawin-kawin sejak 31 mei ari tu, maka dengan ini, tamatlah acara terbesar pada tahun 2009... Lepas ni mungkin ada kenduri2 kat sebelah laki aku, tapi.. x la haru macam ni... ye la.. ni boleh dikatakan aku TUAN RUMAH la jugak... sama-sama sibuk.. he..he.. So, moral of the story, kalo nak kawen ni bukan mudah... sediakan duit bebanyak, pas tu buat kat hotel... he..he.. x penat sangat... masa langsung majlis kahwin memang best, pakai je barang apa yang ada, tapi bila time nak mengemas... mak oi... smpai mc sakit tulang belakang aku ari ni... Untuk pengetahuan korang.. aku update blog ni masa baring atas katil... sakit belakang. so aku mc ari ni.... hu..hu..

so jumpa lagik... lepas ni dah tak der citer kawin2 lagik.. nanti aku story pasal lain pulak...

No comments:

Post a Comment